Hindari Kedutan Bawah Mata


Kesihatan Kulit Image Detail
1. Hindari Kedutan sekitar mata
Suka atau tidak, setiap seorang daripada kita akan berdepan dengan masalah kedutan sekitar mata. Pun begitu, dengan kewujudan prosedur kecantikan yang dihasilkan hari demi hari mampu membantu mengurangi kedutan ini sekaligus melambatkan proses kedutan.
 Selain daripada faktor usia, kedutan juga terjadi ekoran daripada sel-sel kulit yang terbahagi dengan lambat dan lapisan dalam kulit atau dermis yang mula menipis. Kedutan timbul saat usia meningkat kerana kolagen (struktur protein utama dalam kulit), elastin (protein yg menyebabkan tisu meregang), dan asid hialuronik(yg memberi isipadu pada kulit) telah menyediakan kulit dengan pengurangan struktur dan isipadunya.

Faktor-faktor lain Kedutan Mata:
- Graviti
-Tindakan otot (menghasilkan kedutan dinamik)
- Kehilangan isipadu air
- Kerosakan daripada persekitaran seperti pencemaran dan sebagainya
- Tabiat Merokok
- Terdedah kepada Matahari

Cara mengatasi:
1. Elakkan daripada kerap terdedah kepada cahaya matahari
2. Sapu "sunscreen" setiap kali hendak keluar rumah. Selain mengurangkan masalah kedutan ia juga membantu mengurangkan risiko kanser kulit
3. Guna pelindungan tambahan. Sunglasses!
4. Elakkan mencuci guna "cleanser" pada bawah mata kerana ia sangat nipis dan sensitif berbanding kulit wajah dan "cleanser" bertindak mengeringkan bawah mata. Gunakan "Eye Makeup Remover" khusus untuk mata bagi bersihkan mekap dan menjaga kelembapannya.
5. Gunakan eyecream atau eyegel bagi melembapkan bawah mata. Tapkan guna jari manis atau kelingking tanpa tekanan.
6. Amalkan Gaya hidup sihat untuk kesan jangkamasa panjang. Lakukan senaman setiap hari mampu memperbaiki peredaran darah. Selain itu, diet sihat dengan pengambilan biji-bijian dan buah-buahan segar serta sayur-sayuran adalah digalakkan.
7. Tidur yang cukup
8. Makan supplement antioksidan tambahan amat baik untuk menjaga kesihatan mata.



Image Detail
RM50

Try this! Khas buat anda yang masih tercari-cari produk penjagaan khusus mata. Sonya Aloe Eye Make up Remover adalah tanpa alkohol dan mengandungi lidah buaya sememangnya bagus untuk melembapkan, ,mencerah dan melindungi kulit you all. Juga berkesan menanggalkan mekap dan kotoran pada wajah.

www.foreverliving.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Online Users