Chantek dengan Facial

Hola..today saya mahu share tentang perkara yang you all perlu tahu tentang Facial ataupun Rawatan Wajah..Facial boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehingga empat kali sebulan /(sekali seminggu) bergantung dengan keadaan kulit seseorang
. You all boleh visit salun-salun kecantikan yang menyediakan perkhidmatan rawatan wajah untuk mendapatkan rawatan seperti yang diingini..;-)


Info Chantek :


 Facial sangat bagus!!
  • Kerana ia berperanan membuang semua sel-sel kulit mati yang telah lama terkumpul pada permukaan wajah. Selepas sel kulit mati dibuang, kulit yang fresh dan licin berseri akan terserlah di wajahmu selepas itu..




Fasial sangat relaxing..
  • Bukan sahaja rawatan untuk mencantikan muka, bahkan satu cara untuk rehatkan minda sambil segarkan badan yang lesu...

Urutan Facial
  • Merangsang saliran limfatik di bawah kulit, menjadikan kulit lebih aktif untuk detoks segala toksin yang lama tersimpan.


Jika tiada Masa
  • Lakukan sendiri di rumah. Letakkan tuala bersih panas pada seluruh mukamu. Tekan dengan telapak tangan dan dengan lembut, tekanlah pori-pori muka kamu. Lakukan ini dengan tanganmu dialas dengan tuala tadi. Jangan sekali-kali memicit dengan jari atau kuku. Untuk lebih glow, sapukan dengan jus oren segar pada muka, pupuk dengan jari lalu bilas bersih..




So, after this..rajin-rajinla untuk berkunjung ke Butik kecantikan wajah...cheerss!!









Sumber dipetik dari "Majalah Intrend"

Latihan Perantisan Beautician di Teratak Chantek

   Salam Sejahtera kepada anda semua..semoga hari-hari kita sentiasa beroleh kebahagiaan, ketenangan dan kesyukuran hendaknya..
   Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya, buat pertama kalinya saya berjaya menambah nilai pada butik kecantikan yang baru saja beroperasi pada awal tahun ini (2011) iaitu Latihan Perantisan bertempatkan di Teratak Chantek Beauty House, Tingkat 1, Lot 1, Blok G, Jalan Sungai Damit, Tuaran berjalan dengan lancar.
   Di sini, mereka akan diajar tentang Terapi kecantikan, Grooming, membuat aktiviti Keusahawanan (Promosi) selain diberi pendedahan dalam Industri Kecantikan.
   Latihan Perantisan di TC ini disasarkan pada mereka yang berumur dalam lingkungan 15-20 tahun, belum bekerja, berpesonaliti menarik dan berminat dalam industri kecantikan. Perantis juga akan mendapat elaun sebanyak RM200 sebulan. Proses latihan selama 6 bulan.
   Sini saya insertkan beberapa gambar perantis sepanjang berada di TC.



Perantis Fika dan Hanny sedang mengulangkaji nota

Fika sedang melakukan rawatan fasial ke atas pelanggan

Hanny sedang melakukan pembersihan wajah dalam rawatan fasial





Pengurutan wajah bagi melancarkan peredaran darah, menganjalkan otot fasial wajah, merelakskan dan memperbaharui sel pada lapisan kulit wajah.

Kenali jenis kulit anda

Kenali Jenis Kulit Anda

Untuk melakukan perawatan kulit secara teratur, setiap orang haruslah mengenali jenis kulit masing-masing Paling tidak, dengan mengetahui jenis kulit anda akan lebih mudah memilih jenis perawatan yang sesuai atau produk apa yang tepat untuk kulit anda.

Mengenali jenis kulit adalah langkah permulaan yang penting kerana setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Kesihatan kulit bergantung kepada banyak faktor. Secara asasnya kekuatan kulit kita memang berkaitan dengan faktor-faktor genetik yang tidak akan berubah. Contohnya warna rambut, kulit dan mata. Namun terdapat faktor-faktor boleh berubah seperti saiz pori-pori, garis halus dan kedutan, serta kulit kering atau berminyak.

Antara faktor yang menyebabkan kulit menjadi bermasalah termasuklah faktor cuaca, sinaran UV, makanan terlalu berminyak, hormon, diet yang keterlaluan dan sbg.

Oleh itu, penjagaan kulit haruslah dititikberatkan sejak seawal usia remaja lagi dengan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat serta menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Sebelum memilih produk skincare yang sesuai, adalah penting untuk mengenali jenis kulit terlebih dahulu agar mudah untuk memilih perawatan yang sesuai dan produk yang tepat dengan kulit anda.


Apakah 4 jenis kulit yang asas?

1. Normal
2. Kering
3. Kombinasi
4. Berminyak


Kulit Normal
1. Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
2 .Tekstur sekata
3. Garis dan kedutan jarang terbentuk
4. Tidak berkilat
5. Saiz liang roma hampir tidak kelihatan


Kulit Kering
1. T-Zone dan pipi tidak berminyak
2. Saiz liang roma sangat kecil
3. Kelihatan tidak bermaya
4. Garis halus di sekeliling mata dan mulut


Kulit Kombinasi
1. Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
2. Kawasan T-zone yang berminyak
3. Berasa kering pada pipi da sekitar tepi muka
4. Garis dan kedutan jarang terbentuk sekiranya pnjagaan rapi diberikan sehingga individu mncapai umur tua.

* umumnya kulit jenis kombinasi ini terbahagi kepada 2 iaitu ;

• Normal to dry :  T-zone dan pipi berminyak sedikit, saiz liang roma kecil dan kebarangkalian berminyak 3-4 jam selepas makan tengahari

• Normal to oily :  T-zone dan pipi berkilat, saiz liang roma sederhana dan kebarangkalian berminyak dalam masa 1-2 jam sebelum makan tengahari.


Kulit Berminyak
1. Berminyak di mana-mana bahagian muka
2. Saiz liang roma besar
3. Kebarangkalian berminyak dalam masa 1/2 jam.
4. Mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
5. Kulit kelihatan berkilat.


Apakah jenis dan ciri kulit yang bermasalah?
  
  i. Sensitif
     • Mudah terjadi pada kulit kering tetapi boleh terjadi pada semua jenis kulit
     • Warna kulit kemerah-merahan terutama pada bahagian pipi
     • Kulit berasa panas apabila terdapat kapilari halus yang pecah
     • Kelihatan lemah, nipis dan kemungkinan gatal

  ii.  Acne
    
      ◘  Acne Biasa / Vulgaris
        • Terdapat papul, pustul, komedon, kecelaan dan liang roma tersumbat pada kulit di muka, dada dan    belakang badan.
        • Disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon pada peringkat remaja.

   
      
      ◘  Acne rosasea
       • Biasaya terdapat di bahagian hidung , pipi dan dahi
       • Warna kulit kemerah-merahan
       • Terdapat papul, pustul dan liag roma tersumbat tetapi mugkin tiada komedon.
       • Merupakan jenis acne yag kronik
       • Mudah terjadi jika selalu mengambil makanan yang pedas
       • Sentiasa terdedah pada haba panas
       • Mengambil alkohol berlebihan
       • Biasaya terjadi pada wanita berumur 35 tahun ke atas


Masalah-masalah tersebut sering dikaitkan oleh :
 
  •  Alergi
  •  Kekurangan lembapan
  •  Ketidakseimbangan hormon




So, mana satukah jenis kulit anda?
















Sumber rujukan : " Rahsia awet muda Dr.Azimuth ", "Mary Kay"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Online Users