Latihan Perantisan Beautician di Teratak Chantek

   Salam Sejahtera kepada anda semua..semoga hari-hari kita sentiasa beroleh kebahagiaan, ketenangan dan kesyukuran hendaknya..
   Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya, buat pertama kalinya saya berjaya menambah nilai pada butik kecantikan yang baru saja beroperasi pada awal tahun ini (2011) iaitu Latihan Perantisan bertempatkan di Teratak Chantek Beauty House, Tingkat 1, Lot 1, Blok G, Jalan Sungai Damit, Tuaran berjalan dengan lancar.
   Di sini, mereka akan diajar tentang Terapi kecantikan, Grooming, membuat aktiviti Keusahawanan (Promosi) selain diberi pendedahan dalam Industri Kecantikan.
   Latihan Perantisan di TC ini disasarkan pada mereka yang berumur dalam lingkungan 15-20 tahun, belum bekerja, berpesonaliti menarik dan berminat dalam industri kecantikan. Perantis juga akan mendapat elaun sebanyak RM200 sebulan. Proses latihan selama 6 bulan.
   Sini saya insertkan beberapa gambar perantis sepanjang berada di TC.



Perantis Fika dan Hanny sedang mengulangkaji nota

Fika sedang melakukan rawatan fasial ke atas pelanggan

Hanny sedang melakukan pembersihan wajah dalam rawatan fasial





Pengurutan wajah bagi melancarkan peredaran darah, menganjalkan otot fasial wajah, merelakskan dan memperbaharui sel pada lapisan kulit wajah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Online Users