Kenali Jenis Kulit Anda
Untuk melakukan perawatan kulit secara teratur, setiap orang haruslah mengenali jenis kulit masing-masing Paling tidak, dengan mengetahui jenis kulit anda akan lebih mudah memilih jenis perawatan yang sesuai atau produk apa yang tepat untuk kulit anda.
Mengenali jenis kulit adalah langkah permulaan yang penting kerana setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Kesihatan kulit bergantung kepada banyak faktor. Secara asasnya kekuatan kulit kita memang berkaitan dengan faktor-faktor genetik yang tidak akan berubah. Contohnya warna rambut, kulit dan mata. Namun terdapat faktor-faktor boleh berubah seperti saiz pori-pori, garis halus dan kedutan, serta kulit kering atau berminyak.
Antara faktor yang menyebabkan kulit menjadi bermasalah termasuklah faktor cuaca, sinaran UV, makanan terlalu berminyak, hormon, diet yang keterlaluan dan sbg.
Oleh itu, penjagaan kulit haruslah dititikberatkan sejak seawal usia remaja lagi dengan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat serta menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Sebelum memilih produk skincare yang sesuai, adalah penting untuk mengenali jenis kulit terlebih dahulu agar mudah untuk memilih perawatan yang sesuai dan produk yang tepat dengan kulit anda.
Apakah 4 jenis kulit yang asas?
1. Normal
2. Kering3. Kombinasi
4. Berminyak
Kulit Normal
1. Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
2 .Tekstur sekata
3. Garis dan kedutan jarang terbentuk
4. Tidak berkilat
5. Saiz liang roma hampir tidak kelihatan
Kulit Kering
1. T-Zone dan pipi tidak berminyak
2. Saiz liang roma sangat kecil
3. Kelihatan tidak bermaya
4. Garis halus di sekeliling mata dan mulut
Kulit Kombinasi
1. Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
2. Kawasan T-zone yang berminyak
3. Berasa kering pada pipi da sekitar tepi muka
4. Garis dan kedutan jarang terbentuk sekiranya pnjagaan rapi diberikan sehingga individu mncapai umur tua.
* umumnya kulit jenis kombinasi ini terbahagi kepada 2 iaitu ;
• Normal to dry : T-zone dan pipi berminyak sedikit, saiz liang roma kecil dan kebarangkalian berminyak 3-4 jam selepas makan tengahari
• Normal to oily : T-zone dan pipi berkilat, saiz liang roma sederhana dan kebarangkalian berminyak dalam masa 1-2 jam sebelum makan tengahari.
1. Berminyak di mana-mana bahagian muka
2. Saiz liang roma besar
3. Kebarangkalian berminyak dalam masa 1/2 jam.
4. Mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
5. Kulit kelihatan berkilat.
Apakah jenis dan ciri kulit yang bermasalah?
i. Sensitif
• Mudah terjadi pada kulit kering tetapi boleh terjadi pada semua jenis kulit
• Warna kulit kemerah-merahan terutama pada bahagian pipi
• Kulit berasa panas apabila terdapat kapilari halus yang pecah
• Kelihatan lemah, nipis dan kemungkinan gatal
ii. Acne
◘ Acne Biasa / Vulgaris
• Terdapat papul, pustul, komedon, kecelaan dan liang roma tersumbat pada kulit di muka, dada dan belakang badan.
• Disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon pada peringkat remaja.
◘ Acne rosasea
• Biasaya terdapat di bahagian hidung , pipi dan dahi
• Warna kulit kemerah-merahan
• Terdapat papul, pustul dan liag roma tersumbat tetapi mugkin tiada komedon.
• Merupakan jenis acne yag kronik
• Mudah terjadi jika selalu mengambil makanan yang pedas
• Sentiasa terdedah pada haba panas
• Mengambil alkohol berlebihan
• Biasaya terjadi pada wanita berumur 35 tahun ke atas
Masalah-masalah tersebut sering dikaitkan oleh :
• Alergi
• Kekurangan lembapan
• Ketidakseimbangan hormon
So, mana satukah jenis kulit anda?
Sumber rujukan : " Rahsia awet muda Dr.Azimuth ", "Mary Kay"
So, mana satukah jenis kulit anda?
Sumber rujukan : " Rahsia awet muda Dr.Azimuth ", "Mary Kay"



No comments:
Post a Comment